Taksonomi Bloom
dan Turunannya
Taksonomi ialah kajian
tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan
persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat, (2005).
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif
pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan
psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain
kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual
seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif
yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat,
sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain
psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi
Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran.
Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi
di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak
dan pemikiran manusia.
Domain Taksonomi Bloom
Domain taksonomi Bloom
menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak
hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini.
Elemen – elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu
pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini,
kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang
tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah
dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom
Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama adalah
aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji
sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan
yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu
yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk
perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses,
aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam
menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara
yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa,
apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah
murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah
dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa
yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah
aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna
sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama
penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain
tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu
mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang
akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi.
Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi
mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat
untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini
adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan
kelaskan.
Elemen yang ketiga
adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep,
teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar
memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras
aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini
biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang berikutnya
adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu
perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur
dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur
iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti
untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu
membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis
prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan
pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan
proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan
memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima
adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan
sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini
penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid
cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.
Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk
menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir
adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara
berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan
tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau
sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat,
berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian
ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea,
kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana
sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam
penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti
dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik,
ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari
segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua
adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang
merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai
kebudayaan tertentu.
Taksonomi dalam
pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom menghuraikan aras yang
terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan
aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir.
Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras
iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian. Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras
mudah kepada aras pemikiran tinggi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar